Sunday, June 13, 2021

DUA6022

KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM




JABATAN PERDAGANGAN

DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANKAIAN  BEKALAN

EFOLIO



 TAJUK: AMALAN GOTONG -ROYONG DAPAT MEWUJUDKAN HUBUNGAN SILATURRAHIM DI KALANGAN KAUM BINCANGKAN

 


PENSYARAH : ENCIK  KAMAL HISHAM BIN ABDUL HALIM

 

SEMESTER :

5/DLS

 


NAMA

NO. MATRIK

NURUL HAFIDAH BINTI BASUNI

02DLS18F2067

ROSMA SARAFINA BINTI MAZELAN

02DLS18F2022

ANNUPRRIYA A/P MATHAVAN

02DLS18F2073

SUVETHA A/P SHANMUGAN

02DLS18F2069

LUQMAN AL HAKIM BIN NASMULLAI

02DLS18F2012

NUR IDHAM NABIL BIN NORMAN

02DLS18F2020



       ISI KANDUNGAN



NO

PERKARA

 1

Pengenalan

 2

Objektif

 3

Pengertian Gotong-Royong

 4

Kepentingan Gotong- Royong

 5

Langkah-Langkah Memupuk Perpaduan Melalui Aktiviti Bergotong- Royong

 6

Kebaikan Amalan Dalam Bergotong- Royong

 7

Amalan Murni Dalam Bergotong-Royong

 8

Punca- Punca Amalan Bergotong- Royong

 9

Usaha- Usaha Mewujudkan Perpaduan Kaum di Malaysia Melalui Bergotong- Royong

 10

Kesan Mengabaikan Amalan Bergotong- Royong

 11

Kesimpulan

 12

Rujukan

 13

Lampiran






PENGENALAN

 

Amalan gotong-royong merupakan satu amalan yang sering dilakukan terutamanya dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Ia juga merupakan sebahagian daripada cara hidup atau adat resam dalam masyarakat khususnya apabila adanya kenduri perkahwinan, perayaan, mahupun sesuatu majlis. Aktiviti gotong-royong mendatangkan banyak faedah kepada masyarakat antaranya adalah amalan gotong-royong dapat mewujudkan dan mengeratkan hubungan silaturrahim dikalangan kaum. Bak kata pepatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing” dan “bagai aur dengan tebing” merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat. Justeru, hubungan silaturrahim dikalangan kaum juga dapat dieratkan dengan adanya aktiviti ini. Gotongroyong adalah amalan yang dilakukan oleh masyarakat secara bekerjasama dan saling tolong menolong dalam menyelesaikan pekerjaan dengan secara sukarela.

 

Bergotong royong juga boleh memperindahkan tempat tinggal dan kawasan persekitaran menjadi bersih. Dengan amalan kemasyarakatan ini, tempat tinggal kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Amalan gotong royong juga dapat membersihkan kawasan kediaman daripada menjadi sarang pelbagai penyakit seperti aedes.

 

Kegiatan ini amat berfaedah dan mesti diamalkan dan dipupuk sejak kecil kerana meluntur buluh biarlah dari rebungnya. Dengan menjadikan amalan ini sebagai aktiviti penting dalam kehidupan, kita dapat banyak memperoleh pengalaman dan pengetahuan daripada amalan tersebut. Kita juga dapat mengetahui betapa senangnya untuk menyelesaikan sesuatu kerja dengan tenaga kerja yang ramai. Oleh itu, amalan ini harus diingati dari satu generasi kepada satu generasi. Amalan ini juga boleh dipraktikkan untuk mengekalkan kesihatan dan keadaan yang selesa di kawasan tempat tinggal.




OBJEKTIF


Ø  Memberi kesedaran tentang kepentingan gotong-royong di antara kaum


Ø  Mengenalpasti masalah aktiviti gotong-royong semakin pudar pada masa kini


Ø  Menerapkan semangat gotong-royong di antara kaum untuk mengeratkan silaturrahim






PENGERTIAN GOTONG- ROYONG

 

Mengikut Kamus Dewan, gotong-royong bermaksud tolong-menolong atau kerja bersama-sama. Aktiviti gotong-royong masih banyak dilakukan di kampung-kampung dan kurang dilakukan dibandar pada masa kini. Pada pendapat kami, aktiviti gotong-royong ini perlu dihidupkan kembali dalam masyarakat di Negara ini untuk mengeratkan perpaduan di antara kaum.


Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang ibawa oleh individu.

Manakala Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyrakatnegeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di

Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa  Malaysia    yang     mempunyai    identitinya    sendiri  berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.


Manakala, perpaduan bermaksud satu keadaan dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh keada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Kaum bermaksud budaya dan bangsa yang ibawa oleh individu.

Manakala Integriti Nasional adalah satu proses dinamik untuk merapatkan masyrakatnegeri-negeri dalam Malaysia khususnya diantara negeri-negeri di

Semenanjung dengan negeri Sabah dan Sarawak untuk membentuk satu Bangsa  Malaysia  yang  identitinya    sendiri     berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.




KEPENTINGAN GOTONG- ROYONG


Seperti yang sedia maklum, gotong royong merupakan amalan yang mulia. Kerana ianya adalah satu amalan yang membantu antara satu sama lain serta merupakan satu amalan yang dapat memudahkan pekerjaan orang lain. Sekiranya amalan gotong royong ini dipupuk dalam kalangan masyarakat ianya dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara satu sama lain. Bak kata pepatah Melayu; " berat sama dipikul, ringan sama dijinjing". Demikian juga tentang kerja gotong-royong ini. Semua orang mengetahui bahawa sesuatu kerja yang besar buatannya dan juga belanjanya akan menjandi enteng dan kecil kosnya jika dilakukan beresama-sama. Itu adalah prinsip gotongroyong.

 

Malaysia merupakan negara yang mempunyai pelbagai kaum.Gotong royong adalah salah satu cara untuk rakyat Malaysia berinteraksi dan tolong menolong antara satu sama lain. Pada zaman yang penuh dengan teknologi mewah contohnya seperti smart phone ini, rakyat Malaysia makin kurang berinteraksi di antara satu sama lain dan juga kurang untuk membantu antara satu sama lain. Bukan sahaja dengan jiran tertangga atau kawan kawan kurang berinteraksi, malah dengan keluarga sendiri juga tidak ada komunikasi. Hal ini sangat membimbangkan kerana ianya boleh menyebabkan kurang persefahaman di antara satu sama lain. Kurang berinteraksi juga akan menyebakan hubungan sesuatu keluarga itu renggang dan kurang bantu membantu jugak akan menyebabkan amalan mulia ini akan pudar dan hilang dimakan zaman.


Selain itu, amalan gotong-royong juga dapat menjumatkan masa dan tenaga. Kerja yang dilakukan akan megambil masa yang lebih singkat jika dilakukan secara gotong-royong. Contohnya, gotong-royong dalam membersihkan kawasan perumahan atau sekolah. Apabila kerja yang kita lakukan bersama, secara tidak langsung kita dapat menjimatkan masa dan tenaga.






LANGKAH-LANGKAH MEMUPUK PERPADUAN MELALUI AKTIVITI GOTONG ROYONG



Kita tidak dapat menafikan bahawa banyak kebaikan yang diperoleh oleh masyarakat daripada amalan bergotong-royong. Menyedari hal ini, kerajaan berusaha untuk menanam kembali amalan ini dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, kerajaan telah melaksanakan beberapa inisiatif untuk menarik perhatian dan minat masyarakat terhadap amalan bergotong-royong. Antaranya ialah melaksanakan kempen dengan berkesan. Kempen ini bertujuan untuk menyedarkan masyarakat tentang kepentingan bergotong-royong serta sebagai rangsangan untuk melibatkan masyarakat dalam amalan ini. 



Sejak di bangku sekolah lagi, amalan murni ini diterapkan supaya kerja murni bermasyarakat ini akan terus lestari seiring dengan kemajuan Negara. Anak-anak kecil harus dibiasakan bersama-sama masyarakat luar dari rumah mereka agar keberadaan mereka di hargai dan dimanfaatkan oleh masyarakat keseluruhannya dalam usaha melaksanakan sesuatu yang berfaedah demi kesejahteraan umum. Sekolah sebagai rumah kedua generasi muda wajar menerapkan amalan mulia inin dalam aktiviti-aktiviti sekolah Seperti Hari Guru, Sukan Tahunan Sekolah, Gotong-Royong dan Hari Anugerah Cemerlang.


Selain itu, badan-badan kerajaan atau sukarelawan harus bergerak lebih maju dan efisien dalam usaha menaikkan semangat gotong-royong kembali. Ceramah, forum, dan kempen kejiranan yang tersusun dan berkala boleh diusahakan sebagai satu inisiatif menyebarkan maklumat yang berguna tentang gotong-royong kepada orang ramai. Lebih elok lagi jika mereka turut bersama- sama masyarakat setempat membantu rancangan mereka. Contohnya, sebuah pertubuhan sukarelawan di Politeknik Sultan Azlan Shah (PSAS) dan Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI) bekerjasama dengan warga setempat mengutip plastic kaca dan kertas terpakai untuk dikitar semula. Pencapaian badan sukarelawan ini patut diberi pujian.





KEBAIKKAN 
AMALAN DALAM BERGOTONG ROYONG

 

 

1.   Memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain
  

Antara manfaat prima yang akan diperolehi apabila kita bergotong -royong adalah ia dapat memupuk semangat perpaduan antara satu sama lain.Umum sedia maklum,Malaysia merupakan negara yang unik di mana pelbagai kaum,bangsa dan agama duduk di satu bawah negara sejak mencapai kemerdekaan. Kemajmukan masyarakat ini perlu diperkukuhkan dari semasa ke semasa kerana terdapat segelintir daripadanya yang cuba menjadikan perbezaan perkauman dan sebagainya sebagai satu isu tetapi disebaliknya hanya yang ingin mendaoatkan kepentingan diri. Dengan melibatkan diri dalam aktiviti gotong -royong, kita dapat mengenali jiran tetangga kita dengan lebih baik. Hubungan silaturahim akan terjalin di samping Bersama- sama menyiapkan tugasan yang telah diberikan. Persis lagu nukilan artis tempatan, ikan di laut, asam di darat,dalam peruik bikin mufakat. Intihannya, bergotong-royong dapat mengukuhkan nilai perpaduan antara masyarakat supaya kesejahteraan dan keamanan yang kita kecapi hari ini berkekalan sampai bila-bila.

 

2.   Memudahkan tugasan atau kerja

 

Di samping itu, amalan bergotong -royong memberikan kelebihan setiap ahli masyarakat kerana ia akan memudahkan kerja atau tugasan yang ingin dicapai. Sebagai contoh, aktiviti bergotong -royong dianjurkan oleh Pihak Berkuasa untuk membersihkan kawasan persekitaran dewan, Jika semua orang bersatu padu, tolong-menolong, maka kerja yang sukar atau berat akan menjadi senang dan ringan seperti mengutip sampah,menyapu daun kering dan mencuci longkang ia pasti dapat diselesaikan dalam masa yang singkat. Maka secara tidak langsung kita dapat meluangkan masa yang lebih untuk melakukan aktiviti bermanfaat yang lain. Aktiviti gotong-royong juga dapat mewujudkan pesekitaran yang bersih dan ceria. Kawasan yang bersih dan ceria dapat mewujudkan kehidupan yang sihat dan sejahtera bak kata slogan pihak berkuasa tempatan, yakni ‘NegaraBersih, Rakyat Sihat’




3.   Menjamin kebersihan pesekitaran


 

Pada masa yang sama,kebersihan Kawasan persekitaran dapat dijamin jika kita kerap menjalankan aktiviti gotong-royong. Kawasan persekitaran merupakan keperluan asas untuk hidup dengan selesa. Dengan amalan kemasyarakatan ini, Kawasan persekitaran kita tidak akan menjadi sekadar indah khabar daripada rupa. Sebagai insan biasa, kita tentu mahu akan kecantikan Kawasan persekitaran kita dipuji oleh orang lain. Dengan menjalankan amalan bergotong–royong kita dapat memperindah sendiri kawasan persekitaran dan memahami jiran dengan lebih mendalam. Fenomena ini persis peribahasa tak kenal maka tak cinta. Apabila kawasan persekitaran kita sentiasa bersih dan indah, rakan-rakan sendiri akan menyukai kawasan pesekitaran kita secara langsung dan akan sentiasa menziarahi kita. Sebagai seorang penghuni bumi, kita boleh mengaktifkan diri dalam amalan bergotong-royong dapat menghijaukan bumi. Bak kata peribahasa, sambil menyelam minum air. Dengan mengaktifkan diri dalam amalan bergotong–royong, kita dapat lebih memahami kepentingan kegiatan bergotong-royong dan akan mewujudkan masyarakat yang bekerjasama. Benarlah kata peribahasa, bersatu kita teguh bercerai kita roboh . Kita harus mengapresiasi amalan ini sebelum kewujudannya tidak diketahui lagi. Janganlah kita lupa bahawa di mana ada kemahuan, di situ ada jalannya.

 

4.   Menjimatkan perbelanjaan dan kos penyeleraan

 

Selain itu, amalan gotong-royong untuk melakukan sesuatu tugas juga menjimatkan perbelanjaan dan kos penyeleraan .Hal ini demikian kerana amalan gotong-royong tidak membabitkan pembayaran upah. Orang-orang yang menyertai gotong-royong tidak membabitkan pembayaran upah. Orang-orang yang menyertai gotong-royong berbuat demikian secara sukarela. Mereka bersedia untuk menyumbangkan tenaga dan masa demi kebaikan bersama.





AMALAN MURNI DALAM BERGOTONG -ROYONG

 

 

Aktiviti Gotong-royong dapat memupuk nilai-nilai murni dalam kehidupan kita. Amalan nilai- nilai murni ini amat penting dalam mewujudkan sebuah masyarakat yang bertanggungjawab. Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong ialah bekerjasama, sifat bantu membantu dan semangat kerajinan. Selain itu, amalan bergotong-royong juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan mengeratkan perpaduan kaum dalam masyarakat.

 

Antara nilai-nilai murni yang dapat dipupuk melalui aktiviti gotong-royong ialah saling bantu membantu terutamanya untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan secara berkesan. Amalan ini memberikan satu semangat kepada masyarakat bahawa tugasan itu walau berat pun akan mampu diselesaikan dengan begitu baik sekali kerana semua pihak menghulurkan bantuan. Keadaan ini menjadikan semua perkara yang dialami oleh masyarakat dapat diatasi dalam masa yang singkat dan mudah sahaja. Jelaslah,amalan ini memberikan satu suntikan baru tentang konsep bekerjasama antara masyarakat terutama dikawasan urbanisasi.

 

Aktiviti gotong-royong dapat mempercepatkan dan mempermudahkan kerja seharian. Jika semua saling bantu membantu, maka kerja yang sukar atau berat akanmenjadi senang dan ringan. Contohnya, sekumpulan murid diberi tugasan oleh guru untukmembersih kan Taman Bunga di kawasan sekolah. Kalau murid-murid bekerjasama dantidak malas, aktiviti pembersihan Taman Bunga dapat disiapkan dalam masa yang singkat.Kebaikan mengamalkan amalan gotong-royong ini ialah amalan ini mewujudkan semangat positif antara ahli masyarakat terutama untuk memastikan sesuatu tugasan itu mampu dilaksanakan dengan berkesan.





PUNCA PUNCA AMALAN GOTONG ROYONG 
SEMAKIN PUDAR

  

Salah satu faktor yang menyebabkan masyarakat kita kurang mengamalakan gotong royong ialah kekurangan masa. Iaitu masa itu penting dalam kehidupan seharian. Ini kerana ramai menghabiskan sebahagian besar dari masanya bekerja untuk mencari rezeki. Jika mereka tidak mengejar masa, mereka sendiri akan rugi. Ini kerana persaingan di semua negara amat sengit. Oleh kerana masyarakat kita mahu memetingkan masa, nilai gotong-royong yang selama ini menjadi kebanggaan mereka akan diabaikan. Ini kerana kegiatan bergotong- royong ini memerlukan banyak masa. Contohnya, membuat kuih secara beramai-ramai. Membuat kuih raya secara beramai-ramai ini mengambil masa yang banyak. Oleh itu, tidak ramai orang mengamalkan gotong-royong kerana kesempitan masa. Pada mereka, banyak lagi aktivitiaktiviti lain berfaedah yang harus diamalkan dalam masa yang sempit.

  

Selain daripada itu, bantuan teknologi juga mendorong masyarakat kita kurang mengamalkan gotong-royong. Dengan bantuan teknologi, setiap aktiviti atau pekerjaan boleh dilakukan secara ringkas dan mudah. Jika masyarakat dahulu menggunakan tenaga manusia untuk menebas hutan, kini mereka hanya memerlukan jentolak. Jika dahulu kita menggunakan khidmat kendarat untuk menghidangkan makanan di majlis perkahwinan, kini mereka menggunakan cara buffet.

  

Selanjutnya, cara bekerja juga mendorong masyarakat kita kurang mangamalkan semangat gotong-royong. Kini masyarakat dipengarauhi oleh budaya kapitalisme. Budaya ini mementingkan kebendaan, bayaran dan ganjaran. Oleh itu, setiap pekerjaan yang dibuat haruslah diberi ganjaran. Nilai ini bertentangan dengan nialai gotong-royong. Nilai gotong-royong ini menggalakkan seseorang itu berkorban masa dan tenaga dengan tujuan membantu dan beramal. Namun demikian, masa dan keadaan tidak menggalakkan masyarakat untuk bergotong-royong.


Seturusnya, persepsi hidup generasi muda juga mematikan semangat gotongroyong. Persepsi hidup generasi muda kini terpengaruh dengan budaya di sekolah yang mengmalakan meritokrasi. Mereka lebih gemar berdikari dan tidak suka menolong orang lain kerana persaingan. Ini secara tidak langsung mematikan semangat gotong-royong.

 

Akhir sekali, jumlah masyarakat yang berkelompok semakin berkurangan. Ditambah pula dengan mayarakat yang hidup berjauhan dengan saudara-mara. Oleh itu, tidak mudah bagi mereka untuk mengamalkan aktiviti gotong-royong seperti kenduri dan majlis persandingan. Struktur perumahan juga sempit dan terhad. Ia tidak dapat menampung ramai orang untuk mengadakan kegiatan gotong-royong di dalam sesuatu masa yang singkat.




USAHA USAHA MEWUJUDKAN PERPADUAN KAUM DI   MALAYSIA MELALUI AKTIVITI

 

 

Isu perpaduan kaum merupakan satu usaha berterusan yang perlu dipikul dan dijunjung bersama-sama oleh semua pihak. Sekiranya terlerai ikatan silaturahim dan musnah perpaduan dalam masyarakat, nescaya pelbagai impak negatif akan menimpa masyarakat khususnya dan negara amnya. Perpaduan antara masyarakat haruslah kukuh untuk membolehkan negara pergi lebih jauh dalam dunia moden kini. Lebih rumit, masyarakat di Malaysia terdiri daripada masyarakat berbilang kaum. Maka, harus ada satu usaha yang berguna untuk merapatkan hubungan silaturaahim antara kaum itu.

 

 

Antara usaha yang boleh dilakukan dalam untuk mewujudkan perpaduan dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengadakan aktiviti gotongroyong. Aktiviti gotong-royong merupakan saluran dan peluang kepada masyarakat di sesuatu kawasan perumahan untuk bertemu dan mengenali antara satu sama lain. Di samping itu, aktiviti ini dapat memupuk semangat bekerjasama untuk membersihkan dan mengindahkan kawasan persekitaran tempat kediaman mereka sesuai dengan slogan “Negara Bersih Rakyat Sihat”.

 

 

Sebagai contoh, aktiviti gotong-royong yang boleh dijalankan ialah kerja-kerja membersihkan kawasan perumahan, taman permainan, tanah perkuburan dan sebagainya. Seterusnya, aktiviti gotong-royong dapat meringankan serta memudahkan kerja yang sukar dilakukan ibarat kata peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing serta ke bukit sama di daki, ke lurah sama dituruni.

 

 

Intihanya, semua pihak perlu sedar akan pentingnya memupuk dan menjaga perpaduan masyarakat di negara kita. Sesungguhnya, sekali kita leka dan lali serta memandang ringan akan perpaduan kaum, nescaya kita akan menyesal untuk selama-lamanya kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata dan tindakan buruk padahnya. Kini, kita berada dalam era globalisasi dan liberalisasi. Pelbagai usaha dijalankan adalah demi menuju ke arah membentuk sebuah masyarakat majmuk yang bersatu padu.






KESAN MENGABAIKAN  
AMALAN BERGOTONG ROYONG


  Kurangnya kesedaran diri dalam jiwa masyarakat yang berbilang kaum.Masyarakat sekarang tidak mengambil berat tentang amalan gotong royong disebabkan lalai dengan perkara lain yang tidak berfaedah.Seterusnya ikatan silaturahim dalam kalangan masyarakat dan keluaraga juga akan terhapus kerana hubungan yang tidak rapat boleh menyebabkan perpaduan dalam masyarakat dan keluarga menjadi tidak rapat.Oleh itu silaturahim yang dipupuk akan terhakis secara perlahan-lahan dalan kalangan masyarakat .Ini akan memberikan kesan yang buruk dan akan merosakkan imej kita sebagai seorang rakyat Malaysia yang bersatu padu kerana ini melibatkan semua kaum.

Akhir sekali, Masyarakat menjadi tidak selesa dan tidak tenteram untuk bergaul kerana sikap dan perangai salah seorang akan merosakkan imej.pepatah ada mengatakan bagai nila setitik rosak susu sebelangga .kesankesa sebegini lah yang menyebabkan negara tidak maju dan perpaduan dalam kaum boleh menyebabkan renggang hubungan silaturahim antara satu sama lain.







KESIMPULAN

 

 

Kesimpulannya,aktiviti bergotong royong ini amat penting dan perlu dalam mengeratkan hubungan silaturrahim antara kaum. Lebih-lebih lagi serperti negara Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik yang hidup bersama sejak zaman dahulu kala lagi. Dengan terjalinnya hubungan silaturrahim yang kukuh ini ,negara kita akan lebih aman, lebih mengambil berat antara satu sama lain dan perpaduan juga akan menjadi lebih kukuh.

  

Saranan kami supaya ibu bapa sewajarnya menanamkan amalan gotongroyong kepada anak-anak sejak di bangku sekolah lagi. Selain itu ibu bapa juga mestilah lebih mempamerkan teladan yang baik terhadap anak-anak mereka. Anggota keluarga juga perlu memainkan peranan menggalakkan anak- anak mendekatkan diri dengan aktiviti gotong-royong. Peranan guru pula disamping tugas hakiki mendidik anak bangsa, seharusnya sentiasa memberikan nasihat dan tunjuk ajar tentang kelebihan gotong-royong. Seterusnya, Kementerian Pelajaran melalui pihak sekolah mestilah memperbanyak aktiviti yang mendorong pelajar menjalankan aktiviti gotong- royong.

 

Disamping itu, masyarakat sekeliling sentiasa perlu menyokong segala program yang diatur untuk tujuan tersebut di samping menjadi cerminan kepada golongan pelajar. Tidak ketinggalan juga peranan media massa amat penting untuk menyebarkan maklumat tentang kepentingan gotong-royong kepada golongan pelajar melalui kempen-kempen yang berkesan. Golongan pelajar juga perlu sedar betapa berfaedahnya amalan gotong-royong ini jika sentiasa diutamakan.

  

Akhir sekali, jelas dan teranglah matlamat pihak kerajaan yang selama ini mengadakan pelbagai aktiviti dan program-program bagi memupuk hubungan silaturrahim antara kaum. terima kasih.






RUJUKAN

 1))http://penyiaranislamdkm5b.blogspot.com/2018/07/sebab-sebab- amalangotong-royong.html


 2) http://penyiaranislamdkm5b.blogspot.com/2018/07/usaha- usahamewujudkan-perpaduan-kaum.html

 

3) http://gotongroyongpenyiaranislampkt.blogspot.com/2017/02/kesimpulanke simpulannyaaktivitibergoto.html

 

4) http://zaan100.blogspot.com/2017/03/kesan-kesan- mengabaikanamalan.html

 

5)   http://gotongroyongdet5b.blogspot.com/2017/10/blog-post.html

 

 6)   https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.htm

 

7) https://www.scribd.com/doc/28702029/Karangan-Kepentingan- Gotongroyong

 

8) http://gotongroyongdrm.blogspot.com/2016/10/definisi-gotong- royongmengikut-kamus.html?m=1

 

 9)   http://gotongroyongdet5b.blogspot.com/2017/10/blog-post.html

 

 10) https://www.ipendidikan.my/kelebihan-amalan-gotong-royong.htm





LAMPIRAN

 




Menggambarkan ikatan silaturrahim yang kukuh.





Kerjasama menyiang daging untuk kenduri



                      


                                    Gotong royong membersihkan kawasan kamsis





DUA6022 KOMUNIKASI DAN PENYIARAN ISLAM JABATAN PERDAGANGAN DIPLOMA PENGURUSAN LOGISTIK DAN RANKAIA...